Friday 12 August 2011

MERDEKA..MERDEKA...MARI KITA BERSATU


PENDAHULUAN

            Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik ,ekonomi , tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak  terdapat kaum Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli .[1] Intergasi pula membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempuntai latar belakang yang berbeza ,lalu menjadi satu entiti[2] yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui  identiti bersama kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat [3].

           
Malaysia seperti negara lain yang ingin mencapai kemajuan dan negara kita sedang menuju negara maju berdasarkan Wawasan 2020  . Oleh itu untuk mencapai impian ini negara mestilah menyatupadukan semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti Rukun Negara , Dasar Pendidikan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan , Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara.Justeru itu semua kaum di Malaysia diwajibkan memahimi , menerima , menghormati dan mengamalkan nilai hidup dan identity yang sama bagi membentuk rakyat yang sama selaras dengan impian konsep  1Malaysia.[4]






KEPENTINGAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK

                    Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang  mempunyai kepelbagaian kaum yang terdiri dari kaum Melayu , kaum Cina dan kaum India . Kaum-kaum ini juaga terdiri daripada pelbagai  agama, bahasa, budaya dan etnik yang tersendiri. Kaum Melayu terdiri daripada etnik Jawa. Bugis , Rawa , Banjar yang datang dari kepulauan Indonesia.[5] Manakala kaum Cina terdiri daripada etnik Kwangsi, Hakka, hokien , Kantonis, Teochem dan Hainan.[6] Bagi kaum India pula mereka terdiri dari kasta Maruthuvar,Vanniyar ,Thevar ,Nadar ,Yadhavar dan Adhi Dravidar.[7] Kesemua etnik ini mempunyai bahasa yang berbeza dan cara hidup yang berbeza.


Oleh itu  kerajaan mestilah berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum.Selain itu juga  Integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara .Selaras dengan harapan pemimpin negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020.[8] Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di negara . Lantaran itu Perdana Menteri Malaysia  iaitu Datuk Seri Najib bin  Tun Abdul Razak telah menekankan tentang pentingnya perpaduan kaum atau integrasi kaum di negara ini diperkukuhkan melalui slogannya iaitu ‘Satu Malaysia’ dengan perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati sesama kaum.[9]



CABARAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

            Cabaran utama yang menghalang intergrasi kaum dan hubungan etnik di negara kita adalah bersangkutan dengan nilai hidup iaitu prasangka, perkauman , etnosentrisme , sosioekonomi  dan pemisahan fizikal. Kesemua perkara ini membawa perpecahan antara kaum dan etnik kerana mereka masih kukuh kepada peranan tradisional dan berpegang teguh kepada nilai-nilai yang terbatas antara kaum.[10] Masalah hubungan etnik dan intergrasi kaum ini berpunca daripada dasar-dasar British ketika menjajah Tanak Melayu dulu. [11]


            Sikap prasangka buruk antara kaum dan mengutamakan etnik sendiri menjadi penghalang kepada perpaduan antara kaumdan bercorak generalisasi dan stereotaip di atas bukti-bukti yang tidak kukuh.[12] Masalah prasangka buruk antara kaum ini bermula dari Era Penjajahan British yang menjalankan pemerintahan Dasar Pecah dan Belah yang telah menjarakkan perpaduan antara kaum. Begitu juga Era Pendudukan Jepun  yang telah mengamalkan sikap berat sebelah dengan semangat anti-Cina telah memberi peluang kepada kaum Melayu membabitkan diri dalam bidang perniagaan keadaan ini telah menimbulkan kemarahan kaum Cina .[13] Setelah Jepun menyerah kalah kaum Cina telah mengambil tindakan dengan membalas dendam kepada kaum Melayu ,kesannya berlakulah pergaduhan antara kaum.

           
Manakala perkauman pula merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri dalam bidang politik ,ekonomi dan sosial atau kebudayaan dimana satu-satu etnik memntingkan kaumnya sendiri. Sikap perkauman ini boleh menwujudkan hubungan yang tegang dan menjarakkan sosial antara individu. Sikap perkauman ini boleh menghalang perpaduan rakyat sekali gus merencatkan kemajuan negara.[14] Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa unsure-unsur budaya sendiri adalah yang terbaik dari budaya etnik lain. Sikap ini menghalang interaksi dan pergaulan yang luas antara kaum dan etnik.[15]


Kedudukan geografi juga mempengaruhi masalah integrasi kaum dan hubungan etnik kerana jarak yang jauh menyukarkan perhubungan dan sukar mengenali etnik lain. Sebagai contoh kedudukan Sabah dan Sarawak yang terpisah dengan Semenanjung Malaysia sukar untuk berhubung dan ia boleh menimbulkan prasangka antara kaum dan etnik.[16]


USAHA INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK

Dalam Perlembagaan terkandung beberapa perkara yang menjurus kepada kesamarataan kaum seperti hak istimewa orang Melayu dan  Bumiputera dan kerakyataan bagi kaum Cina dan kaum India.[17] Bagi hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera adalah bertujuan untuk membangunkan kaum Melayu  demi menyumbangkan kedudukan ekonomi dan sosial anata kaum. Kewujudan Akta keselamatan Dalam Negari  (ISA) adalah bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan dalam negeri dengan tujuan utama mencegah daripada sesiapa rakyat membangkitkan isu-isu sensitive di khalayak ramai bagi menjaga persefahaman rakyat. [18] Penyatuan parti-parti berbilang kaum seperti Barisan Nasional adalah sangat wajar bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan penuh kesamarataan.


Dalam bidang ekonomi pula ketidaksamarataan telah mewujudkan jurang yang sangat besar antara kaum dan etnik dan ia menjadi penghalang kepada integrasi dan perpaduan kaum serta etnik.  Lantaran itu kerajaan telah mewujudkan usahawan-usahawan Melayu dengan cara memberi bantuan, pinjaman ,lessen dan kontrak pekerjaan.[19] Di samping itu juga agensi kerajaan seperti PERNAS,MARA dan UDA turut membantu orang Melayu dengan aktif terutama dalam bidang perniagaan agar matlamat Dasar Ekonomi Baru tercapai. Kerajaan juga mengalakkan kaum bumiputera membeli saham tajaan kerajaan seperti MARA dan PNB. Tidak ketinggalan juga kerajaan telah membangunkan tanah seperti FELDA, RISDA , KEJORA , KESEDAR dan FELCRA unbtuk mermbangunkan kedudukan ekonomi dan sosial kaum bumiputera.


Pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan pendekatan agropolitan akan dilaksanakan untuk pembangunan pertanian kepada masyarakat Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pemberian tanah ini untuk golongan ini akan membolehkan mereka memajukan dengan bantuan kerajaan. Di samping itu mereka turut diberi akses yang lebih baik kepada infrastruktur  dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan kemahiran. Kerajaan tidak mahu ada golongan atau kumpulan yang tertinggal dalam pelaksanaan RMK 10 kerana keadilan sosial perlu diutamakan. Pemberian tanah serta usaha memajukan pertanian secara berkelompok  membolehkan mereka menikmati pendapatan yang lebih lumayan.[20]

           
Dalam bidang sosial dan kebudayaan amalan pengkongsian pelbagai kaum dan etnik telah dilakukan semenjak merdeka lagi terutama dalam bidang pendidikan .Kurikulum pendidikan juga telah diubahsuai bagi pengenalan kepada unsur budaya pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di Negara kita. Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang berteraskan agama juga tidak ketinggalan dalam perancangan RMK10. Bantuan merupa dana tahunan disediakan untuk sekolah-sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga kepada sekolah mubaligh . Ia adalah bertujuan memupuk hubungan antara kaum dan etnik, supaya kaum-kaum lain yang terdapat di Negara kita tidak terasa dipinggirkan oleh kerajaan.


Satu daripada penanda aras atau indikator negara maju ialah penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang lengkap di samping rakyatnya sihat dan cerdas. Penyediaan kemudahan kesihatan yang menyeluruh serta bertaraf dunia telah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan sentiasa memastikan tidak ada kawasan atau rakyat yang tidak mendapat perkhidmatan kesihatan di negara ini. Sejak RMK pertama  hingga RMK10 perkhidmatan kesihatan sentiasa diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Banyak hospital, pusat kesihatan, klinik, klinik bergerak tidak ketinggalan juga hospital pakar telah banyak didirikan di setiap negeri dalam negara ini. Peruntukan yang berbilion ringgit setiap tahun telah diberi kepada sektor kesihatan bagi menjamin kualiti kesihatan kepada rakyat. Ia dalaha bertujuan menjamin kesihatan rakyat terjamin tanpa mengira bangsa contohnya dengan kewujudan Klinik 1 Malaysia. Tanpa mengira lokasi sama ada bandar, pedalaman atau taman perumahan, kerajaan sentiasa menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyat. Tidak ada mana-mana kawasan atau rakyat yang terpinggir daripada menikmati peluang kesihatan percuma di negara ini. Keprihatinan kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan bertujuan mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat, cergas dan mampu melaksanakan pembangunan untuk negara atau menyumbang secara yang mampu.

           
Kemewahan dan nikmat pembangunan yang dikecapi rakyat Malaysia kini telah menyebabkan pertambahan bilangan pesakit. Pelbagai penyakit sama ada kronik atau wabak semakin bertambah di negara ini menyebabkan kebanyakan hospital kerajaan menjadi sesak. Prihatin dengan situasi ini, kerajaan sentiasa menambah bilangan hospital dengan membina bangunan tambahan atau baru. Empat buah hospital baru dan empat yang akan dinaik tarafkan  telah disediakan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat yang memerlukan rawatan.Konsep kebudayaan nasional telah diperkenalkan pada tahun 1970 adalah bertujuan untuk memperkenalkan identity nasional. Di Negara kita kebudayaan nasional adalah berasaskan kebudayaan Melayu di samping menerima unsur-unsur kebudayaan lain .[21]

           
ASAS PERPADUAN KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

            Pencapaian penyatupadukan kaum dan etnik di Negara kita jelas Berjaya apabila perkongsian kuasa politik telah terjalin dengan jayanya sebagai contoh dalam UMNO .[22] Begitu juga dalam system demokrasi berpalimen yang diamalkan di Negara kita .Setiap ahli politik yang mewakili diberi kuasa untuk menyuarakan pendapat dari pelbagai etnik ,walau bagaimanapun masih terikat dengan undang-undang yang telah kita setujui bersama ketika perlembagaan Tanah Melayu hendak dibentuk dulu.  Setiap rakyat juga diberi kebebasan bersuara untuk menjaga kepentingan diri dan keluarga tetapi masih terikat dengan undang-undang dan peraturan tertentu . Semua ini bertujuan untuk menjaga intergrasi kaum dan hubungan etnik supaya sentiasa terjalin dengan muhibah.

           
Sebenarnya ekonomilah yang memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk integrasi kaum dan hubungan etnik yang mesra .Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan baik dapat meningkatkan perpaduan yang utuh. Disamping itu kerajaan juga dapat mengendalikan program ekonomi yang lebih berkesan, sebagai contoh komuniti kaum Melayu telah semakin maju dalam bidang ekonomi  dan terlibat aktif dalam bidang perniagaan. Melalui DEB yang mempunyai serampang dua mata juga telah Berjaya memenuhi keperluan semua kaum dan etnik dan tidak merugikan sesiapapun.

           
Tolak ansur dalam budaya juga telah menambahkan kemesraan antara kaum dan etnik apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa ibunda lain masih boleh digunakan dengan bebas tanpa sekatan. Kaum-kaum lain dan kumpulan etnik bebas mempelajari bahasa ibunda tanpa dikenakan hukuman. Begitu juga dengan amalan budaya lain masih boleh diteruskan oleh komuniti walaupun budaya Melayu jelas diamalkan di Negara kita. Tolak ansur ini bertujuan menjaga perasaan semua kaum dan etnik di Negara kita supaya semua prasangat dapat dihapuskan. Kerajaan juga tidak lupa menganjurkan kongsi raya bagi mewujudkan penyatuan dalam konsep 1 Malaysia. Begitu juga kunjungan muhibah yang diadakan sempena rumah terbuka setiap kali perayaan yang diadakan oleh Perdana Menteri dan ahli kabinet lain.


            MENCAPAI INTERGRASI NASIONAL


[1] Nurallya Sufian, Pembangunan Rakyat Malaysia,hlm 1
[2] Modul Kenegaraan, hlm 179
[3] Ibid,181
[4] Sulaiman Zakaria , Perpaduan Negara, hlm 6 dan Modul Kenegaraan, hlm 179
[5] Nurallya Sufian, Op.cit ,hlm 3
[6] Ibid,hlm 7
[7] Ibid,hlm 11
[8] Modul Kenegaraan op.cit,hlm 179
[9] Ibid,hlm 189
[10] Nurallya Sufian,op.cit,hlm 17
[11] Ibid,hlm 17
[12] Modul Kenegaraan,op.cit, hlm 183
[13] Nurallya Sufian, op.cit, hlm 18
[14] Modul Kenegaraan,op.cit,hlm 183
[15] Ibid,hlm 18
[16] Ibid,hlm 20
[17] Akta 1260/2006 :Undang-Undang Malaysia -Perlembagaan Persekutuan,hlm 32
[18] Nurallya Sufian ,hlm 20
[19] Ibid,hlm 20
[20] Rancangan Malaysia Ke-10
[21] Nur Alisya Sufian,op.cit,hlm 22 dan lihat juga op.cit , Jurnal RMK10
[22] Ibid,hlm 22